Bahasa Semaq Beri

Semaq Beri/Semoq Beri ialah sejenis bahasa Austro-Asia yang dituturkan di Semenanjung Malaysia, iaitu di Pahang dan Terengganu. Bahasa ini termasuk dalam bahagian Asli Selatan, bersama dengan bahasa-bahasa Semelai, Temoq, dan Mah Meri. Huraian awal bahasa Semaq Beri oleh pakar bahasa, Nicole Kruspe diterbitkan pada 2014.